Friday, 15 December 2017
A+ R A-
Friday, 13 October 2017 08:49

Bajet: Sektor automotif diberi tumpuan

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROTON Iriz, satu daripada model kereta buatan Malaysia yang dijangka

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Sektor automotif negara dijangka menerima khabar menarik dalam bentuk lanjutan pengecualian cukai setempat dan pengecualian duti eksais atau duti import dalam Bajet 2018.

Ketua Ekonomi Kumpulan AmBank, Anthony Dass berkata, ia adalah bagi membantu sektor automotif yang terkesan dengan kos input yang tinggi berpunca daripada kelemahan nilai ringgit.

“Penjimatan tersebut mungkin boleh meningkatkan kembali margin pengeluar kereta daripada masalah serta menurunkan harga kereta ke paras yang lebih rendah untuk merangsang permintaan,” katanya dalam nota kajian di sini hari ini.

Institut Automotif Malaysia (MAI) pada Januari lalu mengunjurkan pertumbuhan sederhana sekitar lima peratus bagi jumlah jualan kenderaan (TIV) kepada 600,600 buah tahun ini disebabkan kelembapan sektor dan sentimen.

MAI turut menyenaraikan faktor lain seperti penyusutan nilai ringgit dan pinjaman bank yang ketat memberi kesan kepada struktur kos dan margin jualan kenderaan pada tahun ini.

Menurut Anthony, meskipun insentif semasa buat kenderaan hibrid dan elektrik memainkan peranan penting kepada perseki­taran yang lebih bersih, impaknya sangat terhad kerana segmen itu di pasaran hanya melibatkan sebahagian model premium yang terjual dalam kuantiti lebih rendah.

“Kami percaya insentif mungkin akan diperluaskan kepada lebih banyak pasaran kenderaan cekap tenaga (EEV) kerana ia menawarkan pelepasan karbon yang rendah dan kecekapan bahan api yang baik.

“Sebagai contoh, insentif untuk meningkatkan perbelanjaan pengguna buat hatchback dan sedan permulaan bagi golongan berpendapatan rendah dan penjawat awam, serta sedan dan crossover pertengahan bagi golongan berpendapatan sederhana,” jelasnya.

http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/bajet-sektor-automotif-diberi-tumpuan-1.536233

Read 245 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.