Tuesday, 17 October 2017
A+ R A-
Thursday, 10 August 2017 08:33

Lantik pengerusi warga asing, PROTON kekal syarikat Malaysia

Written by
Rate this item
(0 votes)

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) masih lagi berstatus syarikat Malaysia dan pengeluar kenderaan nasional, walaupun melantik pengerusi warga negara asing untuk menerajui transformasi syarikat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan tidak ada kuasa untuk campur tangan dalam soal pelantikan pengerusi PROTON dan ia terserah kepada lembaga pengarah syarikat itu.

Namun, katanya, sejajar dengan pasaran terbuka, syarikat Malaysia seharusnya keluar daripada kepompong terlalu fokus kepada bakat tempatan sehingga menyebabkan mereka ketinggalan.

"Tidak timbul isu siapa atau dari mana pengerusi dilantik, kini sudah banyak syarikat Malaysia yang memiliki pengerusi atau pengurusannya daripada orang asing, seperti Sime Darby dan PETRONAS yang melabur untuk memiliki bakat luar.

"Kita kena terbuka (dalam soal ini) dan melabur untuk memiliki kepakaran yang tepat bagi memacu perkembangan syarikat," katanya pada sidang media selepas pelancaran Program GLC ExplorAce 2017 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan BH Sabtu lalu berhubung langkah Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) mencari calon antarabangsa sesuai bagi mengisi jawatan pengerusi dalam PROTON.

Laporan itu memetik portal industri automotif China, Gasgoo yang melaporkan Naib Presiden Geely, Yang Xueliang mengesahkan jawatan berkenaan belum diisi walaupun timbul spekulasi tokoh permotoran terkenal China, Li Chun Rong bakal dilantik mengisi jawatan terbabit.

Berita itu kemudiannya menjadi viral ekoran tercetusnya kecurigaan berhubung status terkini PROTON sebagai syarikat Malaysia selepas Geely mengambil alih sebanyak 49.99 peratus pegangan dalam PROTON menerusi urus niaga bernilai RM460.3 juta pada 23 Jun lalu.

http://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2017/08/310078/lantik-pengerusi-warga-asing-proton-kekal-syarikat-malaysia

Read 149 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.